TATABAHASA
Tatabahasa memberi berbagai kaedah yang mengatur penggunaan bahasa. Antaranya ialah simpulan bahasa, kata hubung, kata ganti, peribahasa, imbuhan dan sebagainya.
SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa ialah kata-kata ringkas yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.
1. Alas perut
Alas perut bermaksud makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan.
Contoh ayat:
Azmir hanya memakan sepotong kuih untuk mengalas perut.
2. Angkat Muka
Angkat muka bermaksud dimanja-manjakan.
Contoh Ayat:
Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.
3. Ayam Tambatan:
Ayam tambatan bermaksud orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Ayam tambatan bermaksud orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Contoh Ayat:
Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
4. Darah Daging
Darah daging bermaksud anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.
Contoh Ayat:
Anak abang saya adalah darah daging saya.
5.Kaki Bangku
Kaki bangku bermaksud tidak pandai bermain bola.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.
Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.


